DTK2B

DTK2B

Selamat datang ke Ruangan Blog Student DTK1B

Assalamualaikum semua....dan salam "SaTU MALaYsIA".. Dan juga salam "SATU POLI"(penulis reka2 jer...). OK, blog ini bertujuan bg mencatat serba sedikit tentang kami yg x brapa nk ensem or x comeyh ne... lain bahasa blog ini bley jadi diari untuk kelas kamilah!!... law x paham x dapat da dein nk tolongnyer..hehe.. Ok..sebgai mukadimah sikit.. apa itu DTK?? DAtuk ka?? Dia Tanpa Kaki ka?? bukan la... tetapi DTK ni adalah singkatan bagi khursus yg kami bljar ni... "DIPLOMA TEKNOLOGI KOMPUTER" amacam glamour x nama kelas kami nih..ha... ataupown nama keduanya "DIPLOMA KEJUTERAAN ELEKTRONIK (KOMPUTER)"... budak kelas kami semua sporting2...lagi model uh..(siapa la yer agak2nyer..). Harap kami semua pakat2 boleyh dapat tamatkan pengajian ini dengan segulung diploma nih... INSYALLAH....amin3... YEzzzzzeeerrr!!!!
Powered By Blogger

Jumaat, 26 Februari 2010

Gambar satelite POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH

Cam-nilah 'view' ptsb kaw tengok dari atas..Dtk adalah khursus dibawah Jabatan Kejuteraan Elektrik(JKE). Jabatan kami berada diatas sebelah kiri...jabatan yg paling jauh dari asrama, adeyh sempot jugak ar law nk sampai nih. Tapi kita kena slalu pikio positif, iaitu jalan jauh boleyh wat pecah peluh..heheh..menyhatkan badan.adeyh....yg bestnyer..jabatan kami ngn jabatan mekanikal dekat ngn kafe...hehe..

Lagu Tema PTSB

not bad ar...cam lagu cina pown ada...layan~...


Lirik...Ptsb
Emas melambangkan
Unggul dan kejayaan
Merah hati berani

Hadapi cabaran
Mengejar impian
Itu azam kami

Membangun negara
Mencapai wawasan
Sumbangan kami beri

Tuju kejayaan
Mengejar impian
Menjadi graduan berkualiti

Berusaha pasti berjaya
Apa cabaran diharungi
Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah
Membina kejayaan kami

Pengenalan PTSB

Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) yang sebelum ini lebih dikenali sebagai Politeknik Kulim (PKU) telah memulakan operasinya pada 1 Mac 2002 di kampus sementara yang berpusat di Politeknik Seberang Perai. Setelah setahun beroperasi, PTSB yang merupakan Politeknik yang ke-16 di Malaysia, akhirnya telah berpindah ke kampus tetap pada 3 Mac 2003, yang terletak di Taman Teknologi Tinggi Kulim atau lebih dikenali sebagai Kulim Hi-Tech Park. Tanggal 9 Jun 2003, PTSB beroperasi sepenuhnya dengan pengambilan pertamanya seramai 507 orang pelajar.

Kampus PTSB yang dibangunkan dengan kos RM 153 juta ringgit ini mempunyai keluasan kira-kira 100 ekar dan merupakan Politeknik yang kedua di negeri Kedah Darul Aman selepas Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (POLIMAS). Lokasinya yang strategik iaitu kira-kira 5 kilometer dari Bandar Kulim serta berdekatan dengan kawasan perindustrian tersohor, Kulim Hi-Tech Park, dilihat mampu menjana graduan dan tenaga kerja yang berkualiti sebagai modal insan bagi memenuhi keperluan pembangunan Negara.
Tanggal 27 Mac 2007, PTSB sekali lagi melakarkan kenangan manis apabila DYMM Sultan Kedah telah berkenan menyempurnakan Majlis Perasmian Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah.
Kini PTSB mempunyai 6 Jabatan Akademik bagi proses pengajaran dan pembelajaran. Jabatan-jabatan tersebut adalah: 
  • Jabatan Kejuruteraan Awam
  • Jabatan Kejuruteraan Elektrik
  • Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
  • Jabatan Perdagangan
  • Jabatan Matematik, Sains dan Komputer
  • Jabatan Pengajian Am

Pelbagai kursus yang meliputi keperluan sektor awam dan swasta telah ditawarkan yang terdiri daripada kursus di peringkat Diploma dan Sijil. Di samping itu, PTSB terus menyediakan kemudahan pembelajaran sepanjang hayat melalui Kursus Secara Sambilan yang boleh diikuti oleh golongan mereka yang telah bekerja.

Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah

  
Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah 
Ha...ini lah pintu gerbang kami. DEngaq criter la...gerbang nih besa runtuh da...senior la abaq....ish2 camna la bleyh runtuh??hmm...mybe da karat da kowt...hmmm..x taw la.......harap kali ni x runtuh da....kalau la runtuh kat atas budak...x kes bahaya ka tu...ish2...ni la wat kan penulis rasa risaw neyh.....
.